*Maklumat lanjut keluarga anak-anak WM ada dalam posting terdahulu.
Terima kasih dari kami
Bagi pihak ahli keluarga Warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga kerja HARI KELUARGA WARISAN 2009 yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan sebegini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ikatan persaudaraan terus kekal.
Keluarga Wan Mohamed
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Perhimpunan Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh
Antara ahli Keluarga Warisan Wan Ismail yang hadir
Majlis Sambutan Hari Raya & Perhimpunan Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 500 orang ahli keluarga dari anak cucu hingga ke piut Wan Ismail. Majlis dimulakan dengan upacara memotong kek warisan oleh nenda Wan Jamaliah dan Wan Rahimah serta seterusnya sesi bergambar setiap keluarga anak-anak Wan Ismail dan acara kemuncaknya ialah sesi bergambar seluruh Keluarga Warisan Wan Ismail bin Wan Soloh di luar dewan. Seluruh ahli keluarga warisan Wan Ismail tidak melepaskan peluang beramah mesra sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang. Sekalung tahniah diucapkan dari kami ahli keluarga Wan Mohamed Wan Ismail kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ikatan persaudaraan yang terjalin ini terus kekal pada masa hadapan.
Tuesday, October 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tanggal 4 Syawal yang lalu berhimpunlah anakanda dan cucunda WM di Kampung Teluk Nipah, Pulau Indah. Alhamdulillah pertemuan Hari Raya kali ini dapat mempertemukan kesemua anak-anak WM. Perhimpunan keluarga WM yang berlangsung sederhana tetapi cukup meriah dengan gelak tawa dan cerita keluarga masing-masing. 'Mini' perhimpunan ini juga turut membincangkan Perhimpunan Besar Keluarga Adik beradik WM yang bakal berlangsung 19hb Oktober ini. Sebagai memperingati pemergian WM, Siti Norbayah dan anakandanya Wan Mutakhir di hari raya ini, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Lagi gambar - akan menyusul kemudian
Subscribe to:
Posts (Atom)