Terima kasih dari kami

Bagi pihak ahli keluarga Warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga kerja HARI KELUARGA WARISAN 2009 yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan sebegini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ikatan persaudaraan terus kekal.

Keluarga Wan Mohamed

Keluarga Wan Mohamed
Duduk dari kiri : Aziz, Wan Nor Faizah, Siti Noreha, Wan Mahmud, Ziti Zalaihah, Wan Halimah, Wan Aishah, Wan Rahmah dan Wan Nor Sa'adah (Berdiri di tengah sekali balu Wan Mutahir, tiada dalam gambar Wan Zainab dan Wan Mujadid)

Sunday, July 31, 2011

Keluarga Hajah Ziti Zalaihah @ Wan Fatimah

Keluarga Besar Hajah Ziti Zalaihah binti Wan Mohamed @ Wan Fatimah dan Haji Mustafa bin Dolah.

Thursday, April 29, 2010

Jemputan ke Majlis Menyambut Menantu

Keluarga Tuan Haji Mustafa b. Dolah bersama pasangannya Wan Fatimah @ Ziti Zalaihah bt. Wan Mohamed menjemput seluruh ahli keluarga ke Majlis Menyambut Menantu seperti yang tertera di kad jemputan.

Semoga kehadiran tuan puan menyerikan lagi majlis.

* Sila tinggalkan alamat rumah untuk kami poskan kad jemputan.

Thursday, January 21, 2010

Update Salasilah Keluarga Warisan Wan Mohamed

Salam untuk semua! Bersama ini disertakan update terbaru salasilah warisan Wan Mohamed. Insyallah selepas ini akan disertakan gambar pada setiap ruang nama masing-masing.

Sunday, October 18, 2009

Hari Keluarga Warisan 2009

Meriah! Itulah ungkapan yang paling sesuai diucapkan untuk Majlis Hari Keluarga Warisan 2009 yang berlangsung di Wisma Kastam, Pulau Indah. Majlis ini merupakan kesinambungan kepada Perhimpunan Keluarga Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh yang diadakan pada tahun 2008 di Kg. Bandar, Kuala Langat.

Hari Keluarga Warisan 2009 ini diadakan dalam mood Aidilfitri telah dihadiri lebih 200 ahli keluarga terdekat. Pelbagai aktiviti berlangsung antaranya cabutan bertuah, karaoke, sukaneka dan lain-lain aktiviti sampingan yang menggembirakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli warisan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari penasihat dan pengerusi Warisan. Dalam ucapan pengerusi ada menyebut bahawa majlis warisan seperti ini akan diadakan setiap dua tahun. Ini berdasarkan respon dari ahli warisan yang mahu majlis perhimpunan dapat dihadiri lebih ramai ahli keluarga. Dalam erti kata yang lain, ahli warisan mahu majlis ini dijadikan majlis yang ditunggu-tunggu berbanding sekiranya diadakan setiap tahun. Pada majlis kali ini hanya Nenda Wan Zohra yang dapat menghadirkan diri manakala Nenda Wan Jamaliah keuzuran. Sama-sama kita mendoakan kesihatan kepada Nenda penaung warisan semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

Warisan allahyarham Wan Mohamad khususnya pada majlis kali ini telah dihadiri lebih ramai ahli keluarga berbanding perhimpunan tahun lepas. Hanya Wan Rahmah dari 10 orang anakanda allahyarham Wan Mohamed yang tidak dapat hadir kerana keuzuran. Keluarga warisan Wan Mohamed juga menggondol lima dari 10 cabutan bertuah selain memenangi banyak acara sukaneka.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Kepada seluruh keluarga warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Ramadhan yang ditinggalkan akan meninggalkan keinsafan dan Syawal disambut dengan penuh Ketaqwaan.

Salam Syawal untuk semua

Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

Gambar-gambar saudara mara

Gambar-gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan di Kg. Bandar pada penghujung tahun 2007.