Terima kasih dari kami

Bagi pihak ahli keluarga Warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga kerja HARI KELUARGA WARISAN 2009 yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan sebegini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ikatan persaudaraan terus kekal.

Keluarga Wan Mohamed

Keluarga Wan Mohamed
Duduk dari kiri : Aziz, Wan Nor Faizah, Siti Noreha, Wan Mahmud, Ziti Zalaihah, Wan Halimah, Wan Aishah, Wan Rahmah dan Wan Nor Sa'adah (Berdiri di tengah sekali balu Wan Mutahir, tiada dalam gambar Wan Zainab dan Wan Mujadid)

Thursday, October 23, 2008

Salasilah Keluarga Wan Mohamed bin Wan Ismail - Update!

Salasilah Warisan Keluarga Wan Mohamed bin Wan Ismail

*Maklumat lanjut keluarga anak-anak WM ada dalam posting terdahulu.

Wednesday, October 22, 2008

Perhimpunan Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh






Antara ahli Keluarga Warisan Wan Ismail yang hadir
Majlis Sambutan Hari Raya & Perhimpunan Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 500 orang ahli keluarga dari anak cucu hingga ke piut Wan Ismail. Majlis dimulakan dengan upacara memotong kek warisan oleh nenda Wan Jamaliah dan Wan Rahimah serta seterusnya sesi bergambar setiap keluarga anak-anak Wan Ismail dan acara kemuncaknya ialah sesi bergambar seluruh Keluarga Warisan Wan Ismail bin Wan Soloh di luar dewan. Seluruh ahli keluarga warisan Wan Ismail tidak melepaskan peluang beramah mesra sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang. Sekalung tahniah diucapkan dari kami ahli keluarga Wan Mohamed Wan Ismail kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ikatan persaudaraan yang terjalin ini terus kekal pada masa hadapan.

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Tanggal 4 Syawal yang lalu berhimpunlah anakanda dan cucunda WM di Kampung Teluk Nipah, Pulau Indah. Alhamdulillah pertemuan Hari Raya kali ini dapat mempertemukan kesemua anak-anak WM. Perhimpunan keluarga WM yang berlangsung sederhana tetapi cukup meriah dengan gelak tawa dan cerita keluarga masing-masing. 'Mini' perhimpunan ini juga turut membincangkan Perhimpunan Besar Keluarga Adik beradik WM yang bakal berlangsung 19hb Oktober ini. Sebagai memperingati pemergian WM, Siti Norbayah dan anakandanya Wan Mutakhir di hari raya ini, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Lagi gambar - akan menyusul kemudian

Thursday, September 25, 2008

Wan Nor Sa'adah - 25.04.1969

Wan Nor Sa'adah & Ahmed Faizal (05.08.1968)

Mempunyai 3 orang cahaya mata, 2 orang lelaki dan seorang perempuan.
  • Ahmed Izzuddin - 04.03.1996
  • Ahmed Faris - 23.04.2002
  • Aisyah Humaira - 27.12.2006

Wan Faizah

Wan Nor Faizah & Aziz

Wan Mahmud - 05.03.1964

Wan Mahmud & Siti Noreha

Wan Ahmad Mujadid - 13.12.1968

Wan Ahmad Mujadid & Azmah Mohd. Din (12.12.1956)

Dikurniakan 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan dua perempuan.
  • Wan Izmier Qallif - 29.04.1989
  • Wan Amirul Qaiyum - 04.07.1991
  • Wan Farhana Delaila - 07.05.1993
  • Wan Fariha Daiyana - 15.08.1995
  • Wan Izzul Arsyad - 23.04.1997

Wan Mutakhir (Allahyarham)

Wan Mutakhir & Hanum

Wan Rahmah - 29.05.1959

Wan Rahmah & Malek

Wan Zainab

Wan Zainab & Suramin

Wan Aishah & Wan Halimah ?.?.1956

Saudara kembar
Wan Aisyah & Arifin
Wan Halimah & Rahim

Tuesday, September 23, 2008

Ziti Zalaihah - 14.01.1954

Ziti Zalaihah & Mustafa (23.05.1952)
Puteri sulung WM dilahirkan tahun 1954 hasil perkahwinan WM dengan Siti Norbayah. Siti Norbayah meninggal dunia semasa melahirkan Ziti Zalaihah yang turut dikenali dengan panggilan Fatimah@Wan Fatimah. Semasa kecil Ziti dipelihara oleh neneknya di Kampung Kundang, Banting. Mempunyai 4 orang anak yang terdiri daripada 3 lelaki dan seorang perempuan, juga mempunyai sepasang cucu.
  • Ahmad Faizz - 20.01.1980 + Norhafizah - 01.08.1979 - menantu
  • Izdzatun Nasyiah - 1983
  • Ahmad Farid Fadhli - 1984
  • Ahmad Ibad Muqarrab - 21.12.1996
  • Riaszahra - 23.06.2007 - cucu
  • Uwais Razique - 10.07.2008 - cucu