Terima kasih dari kami

Bagi pihak ahli keluarga Warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga kerja HARI KELUARGA WARISAN 2009 yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan sebegini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ikatan persaudaraan terus kekal.

Keluarga Wan Mohamed

Keluarga Wan Mohamed
Duduk dari kiri : Aziz, Wan Nor Faizah, Siti Noreha, Wan Mahmud, Ziti Zalaihah, Wan Halimah, Wan Aishah, Wan Rahmah dan Wan Nor Sa'adah (Berdiri di tengah sekali balu Wan Mutahir, tiada dalam gambar Wan Zainab dan Wan Mujadid)

Sunday, October 18, 2009

Hari Keluarga Warisan 2009

Meriah! Itulah ungkapan yang paling sesuai diucapkan untuk Majlis Hari Keluarga Warisan 2009 yang berlangsung di Wisma Kastam, Pulau Indah. Majlis ini merupakan kesinambungan kepada Perhimpunan Keluarga Warisan Wan Ismail bin Dato' Bentara Kanan Wan Soloh yang diadakan pada tahun 2008 di Kg. Bandar, Kuala Langat.

Hari Keluarga Warisan 2009 ini diadakan dalam mood Aidilfitri telah dihadiri lebih 200 ahli keluarga terdekat. Pelbagai aktiviti berlangsung antaranya cabutan bertuah, karaoke, sukaneka dan lain-lain aktiviti sampingan yang menggembirakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli warisan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari penasihat dan pengerusi Warisan. Dalam ucapan pengerusi ada menyebut bahawa majlis warisan seperti ini akan diadakan setiap dua tahun. Ini berdasarkan respon dari ahli warisan yang mahu majlis perhimpunan dapat dihadiri lebih ramai ahli keluarga. Dalam erti kata yang lain, ahli warisan mahu majlis ini dijadikan majlis yang ditunggu-tunggu berbanding sekiranya diadakan setiap tahun. Pada majlis kali ini hanya Nenda Wan Zohra yang dapat menghadirkan diri manakala Nenda Wan Jamaliah keuzuran. Sama-sama kita mendoakan kesihatan kepada Nenda penaung warisan semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

Warisan allahyarham Wan Mohamad khususnya pada majlis kali ini telah dihadiri lebih ramai ahli keluarga berbanding perhimpunan tahun lepas. Hanya Wan Rahmah dari 10 orang anakanda allahyarham Wan Mohamed yang tidak dapat hadir kerana keuzuran. Keluarga warisan Wan Mohamed juga menggondol lima dari 10 cabutan bertuah selain memenangi banyak acara sukaneka.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Kepada seluruh keluarga warisan Wan Mohamed bin Wan Ismail diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Ramadhan yang ditinggalkan akan meninggalkan keinsafan dan Syawal disambut dengan penuh Ketaqwaan.

Salam Syawal untuk semua

Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

Gambar-gambar saudara mara

Gambar-gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan di Kg. Bandar pada penghujung tahun 2007.

Thursday, June 11, 2009

Daftar Nama Anak, Cucu & Cicit Warisan Wan Mohamed

* Pada nama yang berwarna merah, sila respon tarikh lahir atau nama sebenar.

Wednesday, June 10, 2009

Aktiviti Menjelang Majlis Kenduri Kahwin

Majlis Kerja Kenduri Kahwin

Insyallah Sabtu (13 Jun 2009) ini akan berlangsung majlis gotong royong bagi membersihkan kawasan laman rumah. Selain itu dapat ditentukan tempat-tempat strategik untuk memasak, memasang khemah, tempat persiapan hidangan, tempat membasuh pinggan mangkuk untuk petugas. Juga pembahagian tugas kepada ahli komuniti dan saudara-mara.

Kerja kenduri kahwin ini dibuat agar dapat mengembalikan semangat kerjasama antara penduduk setempat, saudara mara. Semangat ini kalau kita perhatikan semakin hari semakin luntur. Dek pelbagai kekangan yang berlaku seperti masa, kos dan ahli komuniti / saudara-mara dalam membantu majlis kerja kahwin menyebabkan trend masyarakat sekarang lebih senang untuk memilih catering. Sememangnya tuan rumah 'bisa' untuk tidak pening kepala apabila semuanya disediakan caterer. Pilih sahaja apa menunya dan beritahu berapa jumlah anggaran tetamunya, tuan rumah hanya perlu bayar ikut kemampuan perkepala untuk tetamunya. Mudah sahaja!

Tetapi sekiranya memilih untuk mengadakan kerja kenduri kahwin sememangnya agak rumit dan rencam memikirkannya. Mana hendak dibeli kayu apinya, mana hendak diperoleh pinggan mangkuknya, siapa pula tukang masaknya, siapa yang menghidangnya dan yang paling dirisaukan oleh tuan rumah andai ada rakan ahli komuniti sibuk pula dengan komitmen lain di saat akhir. Tetapi seronoknya terdapat disini. Lebih ramai rakan taulan dapat didekati, lebih mesra antara sesama saudara mara dan yang paling penting kos masak-memasak dapat dijimatkan.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita berdoa agar majlis kerja kahwin ini akan berjalan dengan lancar, dikurniakan cuaca yang baik, dipermudahkan segala urusan. Kita merancang, Allah s.w.t. juga merancang. Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah sebaik-baik perancang.

Wednesday, April 29, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t.

Keluarga Hajah Ziti Zalaihah @ Wan Fatimah bt. Wan Mohamed dan Haji Mustafa bin Dolah menjemput tuan/puan ke Majlis Perkahwinan anakanda beliau seperti yang tertera di dalam kad jemputan di atas. Semoga kehadiran tuan/puan memeriahkan lagi majlis ini. Insyallah kad jemputan akan menyusul selepas ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012.9233.696.

Pesanan untuk keluarga terdekat : Warna tema di sebelah pihak perempuan ialah warna merah hati manakala di sebelah lelaki ialah warna coklat.